Quantcast
Channel: MDHAFiZ.NET » Islam
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3

1 Minit Motivasi : Disaat Kita Jatuh

$
0
0

Hidup ini ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah.

Setiap orang daripada kita pasti pernah merasakan kekecewaan yang amat dalam dalam kehidupan kita. Kehidupan ini bagaikan roda yang berputar pada paksinya. Sering kali kita juga pernah jatuh, berputus asa dan berdukacita. Ini adalah lumrah kehidupan yang fana.

Namun ada insan yang bilamana Allah uji dengan tanggungjawab yang berupa ujian yang berat, mereka tidak boleh menerimanya, mereka jatuh, mereka tersungkur lantas mengakhiri kehidupan diri mereka dengan membunuh diri, tidak kurang juga dengan melakukan pelbagai lagi perbuatam yang pelik agar terlepas dari tanggungjawab itu.Setiap insan harus berbaik sangka kepada Allah dalam apa jua keadaan. Bahkan setiap masalah, bebanan yang membelenggu kita seharusnya dinilai dari sisi yang positif. Seperti mana cas-cas positif apabila dicampurkan dengan cas-cas negatif, ia dapat me-neutral kan keadaan yang kurang enak. Begitu juga masalah yang kita hadapai dalam kehidupan kita perlulah dilihat sebagai satu yang positif yang mungkin akan membawa kita ke arah yang lebih baik. Oleh hal yang demikian, positifkan minda kita agar setiap yang negatif yang datang kepada kita dapat kita neutralkan keadaannya.

Setiap masalah itu adalah ujian buat diri kita.  Ujian dari Allah untuk hamba-hambaNya yang beriman. Allah berikan kita ujian, masalah kewangan, masalah itu dan ini, kerana Allah nak lihat bagaimana bagaimana kita bersabar. Allah nak dengar kita mengadu kepadaNya. Allah datangi ujian yang besar, kerana Allah rindu nak dengar suara hati hambaNya. Dan Allah tidak akan membebani seseorang itu diluar kemampuannya.

Sepertimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286, 

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), “Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau membebani Kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maaafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.

Positifkan diri anda, lihat lah masalah yang membebani sebagai ujian dan peluang untuk memperbaiki diri anda untuk menjadi lebih baik lagi.

Hadiah tak selalunya terbungkus dengan indah. Terkadang tuhan membungkusnya dengan masalah. Tapi di dalamnya ada hikmah dan barokah.


1 MINIT MOTIVASI’ menyediakan paparan motivasi & inspirasi yang ringkas dan padat dalam laras bahasa yang santai. Hanya 1-3 minit sehari memberikan anda input-input motivasi yang amat menarik.

‘Produk ini sangat menarik kerana ialah adalah koleksi motivasi dan kata-kata hikmah yang diambil daripada pelbagai sumber termasuk al-Qur’an dan hadis. Ini adalah produk motivasi pertama di Malaysia.

Paparan motivasi dan inspirasi yang disediakan di sini adalah ringkas dan padat selain menggunakan laras bahasa yang santai. Hanya sekitar 1 minit, anda akan mendapat 1 input baru setiap hari. Klik disini untuk melanggan !

The post 1 Minit Motivasi : Disaat Kita Jatuh appeared first on MDHAFiZ.NET.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3