Semakin kita ditimpa masalah, semakin kita dewasa. Dan semakin kita dewasa, semakin kita kenal dunia. Semakin kita kenal dunia kita akan melihat betapa di dunia ini banyak orang-orang yang kedekut ilmu.
Yakni apabila ditanya tentang sesuatu perkara itu, dia menyembunyikannya. Walaupun ilmu yang ditanyakan itu ilmu yang biasa atau “common” pengetahuan untuk umum.
Begitulah hukum dunia yang fana. Alhamdulillah saya juga insan seperti biasa yang pernah melalui liku-liku kehidupan di atas.
Setiap masalah yang menimpa harus dilihat dari sisi yang positif. Keengganan mereka untuk berkongsi ilmu dengan saya membuatkan saya tidak putus asa untuk mencari ilmu tersebut (Dalam kes ini saya terpaksa belajar sendiri pembikinan website dari kosong…null!! ) Ini baru salah satu contoh jika saya sertakan lagi sudah tentu artikel ini menjadi terlalu panjang. Jadi saya ringkaskan dengan satu contoh sahaja. Keengganan orang-orang kita khususnya bangsa Melayu yang agak tidak gemar sama-sama memajukan bangsa mereka bersama-sama membuatkan bangsa Melayu ini masih tertatih menunggu penyelelamat dari langit untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang membelenggu umat Melayu. Mereka seperti “Ketam Melayu”.
Bukankah ilmu itu perlu dikongsi? Kalau ia pun taknak berkongsi, tak salah untuk menjual ilmu. Tapi andai seseorang itu bertanya kepada kamu tentang sesuatu ilmu janganlah kamu diam sahaja atau berkata tidak tahu sedangkan kamu tahu perkara itu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Saya menegur bukan saya membenci Melayu, tetapi saya juga Melayu yang ingin melihat bangsa ini maju setanding bangsa-bagsa lain. Tun. Mahathir pernah berkata, Melayu mudah lupa.Ya, hakikatnya begitu. Melayu lupa suatu ketika dulu kita pernah menguasai asia tenggara. Melayu lupa suatu ketika dulu kita pernah membangunkan tamadun yang hebat. Andai roboh kota Melaka papan di Jawa hamba dirikan. Ayuh Melayu sama-sama kita majukan diri kita dengan ilmu. Jangan kedekut akan ilmu. Kerana ilmu semakin banyak dikongsi, semakin banyak kita perolehi. Namun duit semakin banyak digunakan semakin habis. lmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya.
p/s : blog mdhafiz.net kini dah dapat balik home meta description. ..penat saya cari godek-godek kod dan plug-in akhirnya dapat juga rupa-rupanya salah setting pada plugin All In One SEO.