Quantcast
Channel: MDHAFiZ.NET » Islam
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3

Kepentingan Ilmu Pengetahuan Dalam Islam

$
0
0

Di sini: Bagaimana untuk pilih Kolej yang bersesuaian selepas SPM/O-Levels anda.

-If you have $100 million to buy the perfect all-European team, who would you pick? –


 Assalamualaikum pembaca yang budiman, sudah lama saya tidak mengemaskini laman sesawang ini sejak saya menjalani latihan industri yang telah pun tamat sebulan yang lepas. Sebagai seorang pelajar Kejuruteraan, latihan industri memberi saya banyak ilmu baru tentang apa yang saya belajar dan tidak kurang juga pengalaman yang saya perolehi.

Sudah menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk menuntut Ilmu. Meskipun saya seorang pelajar kejuruteraan dan bukannya pelajar syariah, undang-undang, pengajian islam ataupun usuluddin, saya tidak boleh menjadikan ilmu kejuruteraan itu tidak sepenting ilmu akhirat kerana saya percaya setiap apa jua ilmu yang ada di sunia ini adalah milik Allah SWT.

Barangsiapa yang hendak kebaikan di akhirat , maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang hendak kebaikan di dunia dan akhirat juga hendaklah dengan ilmu.

Dalam Al-Quran Allah berfirman ” Katakanlah anak Adam adakah sama antara orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu.. .sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”  (Az-Zumar ayat 9)

Umat Islam seharusnya menguasai pelbagai ilmu. Umat Islam seharusnya kaya dengan ilmu, baik ilmu dalam hal-hal keagamaan mahupun ilmu dalam hal-hal keduniaan. Umat Islam harus ada seorang jurutera Islam yang hebat, seorang arkitek Islam yang hebat, panglima perang yang bijak, seorang doktor pakar yang benar-benar pakar dalam bidangnya juga seorang ulama atau pemimpin yang zuhud namun penuh ilmu di dada. Masih ingatkah kita suatu masa dahulu Islam menguasai 2/3 dunia?  Hal ini tidak akan terjadi tanpa Ilmu. Ingatlah bahawa kita pada zaman kegemilanga Islam suatu masa dahulu telah banyak melahirkan banyak tokoh ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al Khwarizmi, Abbas Ibnu Firnas, Abu al-Qasim Khalaf dan yang lain-lain nya.

Begitu lah pentingnya ilmu dalam Islam. Bukan sahaja untuk kebaikan di akhirat bahkan Islam mengajar kita untuk menuntut ilmu untuk kebaikan di dunia seperti mana yang telah dinyatakan di atas. Alangkah indahnya jika seorang Hafiz yang menghafaz Al- Quran, juga merupakan seorang  jurutera Islam yang hebat, dan seorang Hafizah, juga merupakan seorang doktor pakar bedah yang masyhur.

Ilmu itu lebih berharga dari kekayaan. Kerana dengan ilmu juga lah kita beroleh kekayaan sepertimana sahabat nabi, Abdul Rahman bin Auf  r.a, pemuda kaya yang pemurah lagi bijaksana dalam urusan perniagaan yang dijanjikan Syurga oleh Allah SWT. Namun lebih banyak harta kekayaan yang ada padanya digunakan dengan membantu agama Allah SWT.

-Will Prometheus be the best science fiction movie since Avatar? –

Ilmu sekiranya diamalkan, maka ia akan bertambah, namun jika wang ringgit jika kita belanjakan, pasti dan pasti ia akan berkurangan dan habis. 

Ilmu tidak perlu kita pelihara, sebaliknya ilmulah yang memelihara kita namun harta perlu kita pelihara daripada pencuri.

Orang yang berilmu mengaku dirinya Hamba Allah, sedangkan orang yang berharta mengaku dirinya pemilik.

Begitulah kata-kata dari Saidina Ali Bin Abi Talib r.a.


Daripada Abi Darda  r.a, pula katanya Rasulullah S.A.W telah bersabda (mafhumnya), “Siapa yang berjalan di suatu
jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan dari jalan-jalan syurga…” 

Ilmu itu milik Allah dan bukan hak milik mana-mana individu. Maka sampaikanlah ia kepada saudara-saudaramu yang memerlukannya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Barangsiapa ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka Allah akan mengekangnya nanti dengan kekangan daripada api neraka pada Hari Kiamat kelak.

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi).

Begitu pentingnya ilmu pengetahuan, bahkan dengan ilmu juga Islam berjaya menguasai 2/3 dunia berabad lamanya.

Sesungguhnya Allah akan meninggikan orang yang beriman di antara kalian dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)

 

 


The post Kepentingan Ilmu Pengetahuan Dalam Islam appeared first on MDHAFiZ.NET.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3